Friday, December 18, 2009

Perasan Kaya...

Satu kesilapan yang sering dilakukan oleh orang-orang biasa tanpa sedar, yang akhirnya akan menyebabkan mereka terus hidup di dalam kemiskinan dan penuh dengan hutang adalah kerana mereka “perasan diri meraka kaya”.


Memiliki 2 buah kenderaan yang kesemuanya berharga RM120,000, sebuah rumah teres kembar 2 tingkat yang berharga RM320,000, sebenarnya… tidak langsung melambangkan anda seorang yang kaya, lebih-lebih lagi dengan pendapatan tahunan sebanyak RM72,000 setahun. Jika sekali pandang dengan 2 buah kereta yang dimilikinya, rumah yang besar lengkap dengan orang gaji, wah! kayanya dia...



Tetapi hakikatnya, hidupnya sepanjang hayat hanya lah bekerja untuk membayar hutang... Hutang Kereta : RM70,000 Hutang Rumah : RM280,000 Jumlah : RM350,000. Hakikatnya! Beliau sangat miskin dan mempunyai hutang sebanyak RM350,000 untuk dilangsaikan!Jadi, di mana “kaya”nya mereka?…. kaya kat dalam hutang jer la….


Itulah kesilapan yang seringkali tidak disedari oleh orang-orang yang “perasan dirinya kaya”… mereka menyangkakan kereta yang miliki serta rumah yang mereka duduki itu adalah “aset”, sedangkan, hakikat sebenarnya, ianya adalah “liabiliti”. Mengapa ia liabiliti? Kerana, nilainya akan susut mengikut masa dan untuk terus memilikinya, akan memaksa wang terus keluar dari poket pemiliknya. Jadi, bagaimana anda boleh menggangap sesuatu yang akan menyebabkan “wang terus mengalir keluar dari poket” anda itu sebagai suatu aset?


Jadi, usah terkeliru antara aset & liabiliti, dan tolonglah.. janganlah berlagak dan “perasan kaya” hanya disebabkan anda memiliki 2 buah kereta mahal dan sebuah rumah yang besar..

No comments:

Post a Comment