Sunday, December 13, 2009

Tanda-Tanda Orang Berjaya...

KITA MEMPUNYAI BANYAK MASA UNTUK BERFIKIR DAN BERTINDAK TETAPI BERFIKIR TANPA TINDAKAN MEMBUATKAN MASA KITA TERBUANG. SELALUNYA KEADAAN MEMBUATKAN KITA MEMILIH, SEBALIKNYA KESUSAHAN ADALAH KEADAAN YANG KITA PILIH...
Mereka yang gagal adalah mereka yang hanya pandai memberi alasan. Manakala mereka yang berjaya adalah mereka yang pandai mencari penyelesaian. Jadi pilihlah sama ada anda ingin menjadi orang yang pandai memberi alasan, atau kuat berusaha mencari penyelesaian.

Kita pasti tidak akan berjaya jika sering memberikan pelbagai alasan. Mengapa masih perlu dan mahu cakap itu dan ini? Mengapa masih beri pelbagai alasan demi alasan? Jika hadapi masalah, tak usahlah sibuk memberi sebab dan alasan. Tetapi fokus dan teruskanlah mencari penyelesaian. Itulah tanda orang berjaya. Ada 3 sebab utama mengapa kita mundur dan tidak berjaya.

  • SELALU FIKIR NEGATIF
  • SUKA BAGI MACAM2 ALASAN
  • MALAS

No comments:

Post a Comment